Tuesday, 6 December 2011

Mari Belajar Cara Memainkan Alatan Perkusi

Latar Belakang

Selamat Datang ke Blog Kenali Dunia Perkusi. Blog ini disediakan bertujuan sebagai panduan kepada guru-guru  Sekolah Rendah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Permainan Alat Perkusi Sekolah Rendah. Panduan serta kemahiran dan teknik yang diberikan dalam blog ini adalah sebagai asas dalam permainan alat perkusi terutamanya alat perkusi tidak berpic bagi peringkat kanak-kanak. Kemahiran dan teknik permainan alat perkusi yang lain akan diberikan serta dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Adalah diharapkan blog ini dapat dikongsi bersama guru-guru yang lain terutamanya guru muzik sebagai pengetahuan asas permainan alat perkusi sekolah rendah.


Pengenalan
Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut.
Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra . Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya.Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan.

Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi dengan piano atau satu instrumen @ menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak. Bagi tahap 2 KBSR melodian akan dimainkan oleh beberapa murid. Pemain akan bermain mengikut skor muzik yang telah disediakan. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi.Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bermain alat muzik melebihi keinginan untuk belajar muzik. Guru yang akan mengubah keinginan ini agar murid-murid dapat belajar muzik dalam erti kata sebenarnya.

Matlamat Bermain Alat Perkusi
 
Ø  Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar :-

· Menunggu giliran mengikut skor.
· Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama.
· Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan.
· Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik.
· Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan
           peraturan dan disiplin.

Ø   Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi      adalah penting bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik memainkan alat-alat perkusi yang betul.  
                     

Cara Memegang dan Memainkan Alat Perkusi


Π Kerincing
Π     Kastenet
Π    Tamborin
Π     Loceng
Π     Kayu Tik-Tok




Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

1.  Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.
2.  Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.



Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Antara matlamatnya ialah :-
  1. Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm)
  2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik dimana kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya menghargai nilai seni bunyi.
  3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapat menghayati dan menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.

Apakah yang boleh dicapai melalui pembelajaran Perkusi?
Pendengaran;
ü  Dapat mengenalpasti rangkai lagu, imbangan bunyi, tekanan bunyi, bentuk irama seterusnya menjadi lebih sensitif kepada bunyi dan sentuhan bunyi.
Daya Ingatan;
ü  Kanak-kanak dapat menyerap tema malah keseluruhan lagu melalui latihan muzikal.
Mata
ü  Mata boleh dilatih untuk membaca dengan lancar malah boleh lebih pantas dari sebutan




v  Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri @ kanan. Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.
                                
Ì Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit. Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
  1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
  2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.


Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.


Cara memegang dan memainkan loceng : 
  1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
   2.  Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian
        ketuk pergelangan   tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam
        loceng







Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.
  1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan
  2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir


No comments:

Post a Comment